Tuesday, August 31, 2010

Projek mee kuning

Bismillahirrahmanirrahim

Sekarang tengah cuba buat projek mee kuning. Bunyi macam biasa, tetapi kelainannya ialah, mee yang ini tak pakai air abu. Idea ni datang dari seorang profesor formulator dari USM. Masa berbincang tentang makanan halalan tayyiban, dia cadangkan saya untuk buat mee kuning tetapi tanpa air abu. Puncanya:1) Air abu yang dibuat oleh non-muslim diragui sumbernya
2) Air abu buatan sendiri pula, mengandungi kandungan karbon yang sangat tinggi. Sebab asalnya ialah jenis tumbuhan tertentu yang dibakar sampai jadi arang dan abu. Jadi, bayangkanlah kalau kita makan abu dan arang tersebut, ia menjadi punca kanser yang sangat bahaya.
3) Selain itu, ada juga bahan tradisional non chemical yang digunakan untuk tingkatkan kandungan alkali. Jadi, daripada beli macam-macam produk kesihatan untuk buang toksin dari tubuh, mee kuning ni juga turut memberi sumbangan yang sama.
Nama, masih dalam cadangan. Setakat ni, pilihan ialah Mee Kuning Al-Hafiz. Sebabnya, dibuat oleh dua orang Al-Hafiz. Ada bantahan ker?
Semoga dapat menghasilkan produk baru untuk halalan tayyiban, walaupun dengan segala limitasi yang ada.
Modal kurang, tenaga kurang, mesin kurang, tempahan pun belum ada. Macam mana nak ada kalau kilang belum ada........
Semoga Allah mudahkan